1 =+> Pengeluaran Membina / Membeli Rumah
PENGELUARAN MEMBELI RUMAH
+========================+
Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai pembelian sebuah rumah.
+========================+
Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai pembelian sebuah rumah.
Pengeluaran untuk membeli rumah kedua dibenarkan setelah rumah pertama dijual atau berlaku pelupusan pemilikan.
Pelupusan pemilikan bermaksud ‘hilang pemilikan ke atas rumah pertama yang dimiliki melalui pengeluaran KWSP sebelum ini’ atas sebab rumah tersebut dilelong, penyerahan harta melalui perintah mahkamah, pindah milik atas dasar kasih sayang, rumah musnah akibat bencana alam atau kebakaran, projek rumah terbengkalai atau pembatalan pembelian rumah.
PENGELUARAN MEMBINA RUMAH
+========================+
Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai pembinaan sebuah rumah secara individu; ATAU Pembinaan secara bersama dengan suami / isteri.
+========================+
Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai pembinaan sebuah rumah secara individu; ATAU Pembinaan secara bersama dengan suami / isteri.
Pengeluaran untuk membina rumah kedua dibenarkan setelah rumah pertama dijual atau berlaku pelupusan pemilikan.
Pelupusan pemilikan bermaksud ‘hilang pemilikan ke atas rumah pertama yang dimiliki melalui pengeluaran KWSP sebelum ini’ atas sebab rumah tersebut dilelong, penyerahan harta melalui perintah mahkamah, pindah milik atas dasar kasih sayang, rumah musnah akibat bencana alam atau kebakaran, projek rumah terbengkalai atau pembatalan pembelian rumah.
2 =+> Pengeluaran Mengurang/ Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan
Individu =+> Pengeluaran simpanan Akaun 2 untuk mengurang / menyelesaikan baki pinjaman perumahan yang diambil daripada institusi pemberi pinjaman yang dibenarkan oleh KWSP bagi pembelian secara individu ATAU
Bersama =+> Pembelian secara bersama dengan ahli keluarga terdekat (suami / isteri, ibu bapa, ibu bapa mertua, ibu bapa tiri, ibu bapa angkat, anak, anak tiri, anak angkat atau adik beradik / individu lain ATAU membantu suami / isteri)
Kaedah Bayaran
+===========+
1). Pengkreditan Terus Ke Akaun Pinjaman Perumahan
+===========+
1). Pengkreditan Terus Ke Akaun Pinjaman Perumahan
Semua bayaran pengeluaran akan dikreditkan terus ke akaun pinjaman perumahan ahli/pasangan
• Pinjaman ahli/pasangan yang dibuat dengan bank panel KWSP tersebut tidak berstatus NPL; DAN
• Akaun pinjaman perumahan ahli/pasangan masih aktif; DAN
• Nombor pengenalan diri ahli/pasangan selaku peminjam adalah sama dengan rekod bank; DAN

2). Cek Jurubank Kepada Institusi Pemberi Pinjaman Perumahan
Semua bayaran pengeluaran akan dibuat secara Cek Jurubank di atas nama institusi pemberi pinjaman sekiranya;
Semua bayaran pengeluaran akan dibuat secara Cek Jurubank di atas nama institusi pemberi pinjaman sekiranya;
• Institusi pemberi pinjaman ahli / pasangan masih belum menyediakan perkhidmatan keadah bayaran secara pengkreditan terus ke akaun pinjaman perumahan; ATAU
• Pinjaman ahli / pasangan yang dibuat dengan bank panel KWSP berstatus NPL
Cek Jurubank tersebut akan dihantar terus ke alamat institusi pemberi pinjaman yang dinyatakan dalam Penyata Baki Pinjaman Perumahan menerusi pos secara mel berdaftar beserta notis bayaran. Manakala satu notis makluman bayaran akan dihantar kepada ahli
3 =+> Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan
=+> Mempunyai baki pinjaman perumahan daripada insititusi yang dibenarkan bagi tujuan membeli atau membina rumah dengan mana-mana institusi pemberi pinjaman
=+> Simpanan yang dikeluarkan adalah untuk membayar pinjaman ansuran bulanan sebenar yang telah bermula
Bayaran pengeluaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank ahli dengan syarat:
+> Ansuran bulanan pinjaman perumahan dengan Institusi Pemberi Pinjaman tidak berstatus NPL (‘Non Performing Loan’);
+> Ansuran bulanan pinjaman perumahan dengan Institusi Pemberi Pinjaman tidak berstatus NPL (‘Non Performing Loan’);
4 =+> Pengeluaran Perumahan Fleksibel
Pengeluaran Perumahan Fleksibel adalah proses menghadang atau mengenepikan sebahagian simpanan dalam Akaun 2 ahli ke Akaun Pengeluaran Perumahan Fleksibel bagi membolehkan ahli mendapatkan pinjaman perumahan yang lebih tinggi untuk membeli / membina rumah.
Konsep atau kemudahan Pengeluaran Perumahan Fleksibel adalah bertujuan untuk memanfaatkan nilai simpanan/caruman KWSP sedia ada dan masa hadapan dalam pertimbangan pemberian pinjaman oleh pihak Institusi Kewangan.
Berdasarkan konsep ini, caruman bulanan kepada KWSP dianggap sebagai pendapatan.
Dengan ini, ahli boleh mendapat jumlah pinjaman yang lebih tinggi kerana penilaian kredit (credit assessment) ke atas pendapatan bersih turut mengambilkira caruman KWSP (bahagian pekerja dan majikan).
Oleh yang demikian, ahli boleh membeli / membina rumah yang lebih tinggi harganya kerana ini boleh melayakkan mereka mendapat pinjaman yang lebih tinggi untuk membiayai pembelian / pembinaan rumah.
Credit to : Firdaus Pay
No comments:
Post a Comment