Monday, January 29, 2018

Pengeluaran KWSP (EPF) Berkaitan Perumahan Yang Perlu Anda Tahu!



1 =+> Pengeluaran Membina / Membeli Rumah

PENGELUARAN MEMBELI RUMAH
+========================+

Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai pembelian sebuah rumah.
Pengeluaran untuk membeli rumah kedua dibenarkan setelah rumah pertama dijual atau berlaku pelupusan pemilikan.
Pelupusan pemilikan bermaksud ‘hilang pemilikan ke atas rumah pertama yang dimiliki melalui pengeluaran KWSP sebelum ini’ atas sebab rumah tersebut dilelong, penyerahan harta melalui perintah mahkamah, pindah milik atas dasar kasih sayang, rumah musnah akibat bencana alam atau kebakaran, projek rumah terbengkalai atau pembatalan pembelian rumah.

PENGELUARAN MEMBINA RUMAH
+========================+

Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai pembinaan sebuah rumah secara individu; ATAU Pembinaan secara bersama dengan suami / isteri.
Pengeluaran untuk membina rumah kedua dibenarkan setelah rumah pertama dijual atau berlaku pelupusan pemilikan.
Pelupusan pemilikan bermaksud ‘hilang pemilikan ke atas rumah pertama yang dimiliki melalui pengeluaran KWSP sebelum ini’ atas sebab rumah tersebut dilelong, penyerahan harta melalui perintah mahkamah, pindah milik atas dasar kasih sayang, rumah musnah akibat bencana alam atau kebakaran, projek rumah terbengkalai atau pembatalan pembelian rumah.

Saturday, January 27, 2018

Private Retirement Scheme (PRS)

Private Retirement Scheme (PRS)
Skim Persaraan Swasta

=======================



1️⃣ Sape yang layak memohon PRS ?
Semua warganegara Malaysia layak memohon PRS.
2️⃣ Kerja kerajaan boleh buat caruman PRS ?
Tiada diskriminasi kerja dengan siapa. Semua layak mencarum PRS tidak kira kerja swasta atau kerajaan.
3️⃣ Student boleh ke mencarum PRS ?
Boleh. Asalkan ada duit.
4️⃣ Umur 40 tahun boleh mencarum PRS lagi x ?
Boleh. Umur berapa pun x kisah. Semua boleh. Cuma anda tidak layak dapat Insentif 1000 dari kerajaan berdasarkan bajet 2017.
5️⃣ Siapa yang layak dapat insentif kerajaan rm1000 ?

Wednesday, January 24, 2018

LIMA TIPS BERSARA AWAL

1. Elakkan riba. Cari jalan supaya tak habiskan wang bayar faedah (interest). Faedah pinjaman inilah punca kenapa sebahagian besar kita terpaksa bekerja sampai mati.
2. Usah ada hutang. Ikat perut. Hidup tanpa ropol. Elak tukar kereta, beli handphone baru, dan pergi melancong setiap kali dapat kenaikan gaji atau bonus. Simpan lebihan wang. Fikirkan jangka panjang.
3. Kahwin awal supaya apabila kita berusia 50 tahun, anak-anak semua sudah bekerja dan boleh berdikari.
4. Usah hidup dalam kemampuan. Hidup di bawah kemampuan. Kalau kita mampu beli barang RM10, beli yang berharga RM2. Baki RM8 simpan.
5. Mula rancang pencen sejak mula bekerja. Tetapkan matlamat bila nak pencen, berapa banyak wang yang diperlukan dan buat strategi bagaimana nak capai matlamat kewangan tersebut.


Kredit to Norizan Bin Sharif

Tuesday, November 21, 2017

Kelebihan PLUSMiles Berbanding Touch n Go Biasa



BENEFIT a.k.a FAEDAH

1. 5 % Toll Rebate
    - dapat 5% rebate tol untuk setiap penggunaan RM 100.00 dan ke atas.
    - dengan syarat penggunaan di highway PLUS, ELITE, BIKE, LINKKEDUA

2. Point Rewards
    - untuk penggunaan kurang dari RM100.00, setiap RM1 yang dibelanjakan dapat claim point reward              iaitu RM 1.00 bersamaan 1 point rewards PLUSmiles.
    - point rewards terkumpul boleh ditebus semula kepada voucher

3. Discount Privileges
    -  Nikmati sehingga 30% discount di semua lokasi yang menerima penggunaan kad PLUSMiles.



Saturday, September 23, 2017

REFINANCE @ JUAL ??


Bang, saya ada beli rumah tahun 2013, time beli dulu harga RM 100,000. Harini saya cek dengan bank value jadi RM 250,000 (Meningkat RM150,000! WoW!!)
Apa yang saya patut buat bang ?? Saya dalam dilema ni.
Ok jika korang dalam situasi ini, apa yang korang buat, perlu Refinance @ Jual rumah ni ??
Ada yang kata refinance sebab sayang jual rumah ni,
Ada yang kata jual sebab boleh dapatkan kuota 90% loan lagi.
Tak da salah
Tak da betul,
Tapi ini guideline yang aku sendiri guna dalam menguruskan hartanah aku sendiri.

Sedikit Calculation di bawah.. pening jugak nk hadam  (T_T)


Sunday, September 10, 2017

Penerangan Deposit Sewa Rumah. Istilah 1+1, 2+1, 2+1+1

DEPOSIT SEWA RUMAH

Apabila mencari rumah sewa, antara perkara utama yang akan dilihat ialah deposit. Namun masih ramai yang salah faham istilah deposit ini sama ada daripada pihak penyewa atau tuan rumah.
➡ 1+1
➡ 2+1
➡ 2+1+1
Apa maksud semua ini?
Segelintir tuan rumah enggan memulangkan kembali deposit penyewa manakala sebahagian penyewa pula menganggap ia sebagai ‘advance sewa’ untuk bulan-bulan terakhir.
Seringkali juga tuan rumah dimaki di alam maya kononnya cekik darah dengan meminta deposit yang tinggi, malah ada yang memberi hujah bahawa deposit semua ni tak perlu. Namun ada juga penyewa yang mengambil kesempatan apabila deposit rendah dikenakan kepada mereka.
Apa sebenarnya maksud dan konsep deposit ini?

Saturday, September 9, 2017

Beli rumah atas nama syarikat?


Fikir dulu yeop, barulah beli

Sebelum anda fikir untuk beli rumah atas nama syarikat. Fikirkan pro dan kontra beli atas nama syarikat. Nanti dah beli baru terfikir, kenapa tak tahu pun.