Fikir dulu yeop, barulah beli
Sebelum anda fikir untuk beli rumah atas nama syarikat. Fikirkan pro dan kontra beli atas nama syarikat. Nanti dah beli baru terfikir, kenapa tak tahu pun.
--- Pro ----
- Nama individu akan bebas dari liabiliti rumah tersebut
- boleh digunakan oleh syarikat untuk refinance jika perlu suntikan kewangan.
- boleh guna rumah tersebut untuk buat sewa kepada pekerja / pengarah dengan ada keuntungan.
- boleh masuk perbelanjaan rumah tersebut jika ia digunakan untuk pengarah dan pekerja. Perbelanjaan seperti cukai tanah, selenggara dan baiki.
- boleh buat homestay jika jelas ada masuk memorandum atau nature of business syarikat.
--- Kontra ---
- kalau beli rumah atas nama syarikat, elaun modal rumah tersebut tidak boleh digunakan untuk kurangkan cukai
- Pinjaman hanya boleh dapat maksimun 60% ke 80% dari harga rumah, lebihnya kena pandai-pandailah ( cari ilmu dari yang otai)
- Bila rumah hanya dijadikan tempat tinggal pengarah @ pekerja, tanpa sewa atau tiada untung, ia akan menjadi beban aliran tunai. Seterusnya ia akan menjadi tidak baik pandangan bank untuk suntikan modal seterusnya.
- jika rumah diberi pada pengarah dan pekerja tanpa sewa, cukai tambahan pada individu tersebut akan dikenakan sebagai manfaat yang diberi oleh syarikat / benefit of kind
- jika syarikat bankrup, rumah tersebut dijadikan sebagai aset yang perlu dilunaskan untuk bayaran.
- menjadi beban kewangan jika harga rumah sangat mahal dan tidak berbaloi dengan syarikat.
- untuk jual akan mendapat persetujuan semua pengarah. Kalau pengarah sekepala, baru tiada masalah.
- yang paling kena tahu, kalau ia dalam kategori pelaburan, maka Cukai keuntungan harta tanah (CKHT) tetap dikenakan walaupun selepas 6 tahun pembelian
- bank akan lihat rekod pengarah dan pemegang saham, jika ada masalah dengan pihak bank, kemungkinan tidak lepas untuk pinjaman beli perumahan.
- faedah pinjaman untuk beli rumah atas nama syarikat lebih tinggi dari beli atas nama individu
- perbelanjaan faedah pinjaman boleh tidak dibenarkan jika melebihi dari sekatan faedah yang ditetapkan. Ia wujud sebab perbelanjaan tersebut tiada kaitan dengan bisnes anda.
- bayaran peguam untuk urusan jualbeli rumah merupakan belanja yang tidak dibenarkan untuk kiraan cukai. Maksudnya cukai boleh tinggi.
So, pilihan pada anda, ketahui pro dan kontra sebelum buat keputusan.
Info ni lebih sesuai untuk yang mempunyai bisnes selain jualbeli rumah dan buat pelaburan dalam membeli rumah (IHC). Sebab berbeza cara layanan cukai dan pinjaman bank.
Semoga bermanfaat.
Kredit to Amri Shakur
No comments:
Post a Comment