Saturday, July 29, 2017

CARA JIMAT WANG DENGAN MUDAH




A. Diskaun Lazada (Topup)
Belian (belanja) topup ialah perbelanjaan bulanan tapi anda boleh jimat dan kurangkan belanja bulanan dengan rebut tawaran diskaun Lazada sebanyak 5% (sebelum ni 8%).
Katakan perbelanjaan bulanan topup RM30 dengan diskaun 5% anda dah jimat RM1.50 untuk sebulan (setahun boleh jimat RM18. Ni belum lagi guna Kad khas yang baru dilancarkan bulan lepas, dapat 15% Cashback lagi (ni nanti akan diceritakan).
Berapa dah anda boleh jimat?

B. Cashback (Pulangan Tunai) Minyak
Guna Kad Kredit untuk mengisi minyak, saya mengisi minyak motor setiap hujung minggu sebab nak rebut 8% cashback.
Harga minyak naik 3 sen menjadikan RM2.03 seliter tapi saya bayar 8% diskaun dari RM2.03 seliter tu.
Katakan minyak isi 3 liter bersamaan RM6.09 tapi bila ada Cashback ni selepas terima kos mengisi minyak hanya RM5.61 (RM1.87 seliter).


C. Promo Code Grab/Uber
Ni penjimatan yang selalu dikongsi, guna promo code yang ada tu untuk dapat tambang percuma (guna grabpay untuk Grab sebab banyak kos diskaun untuk untuk yang guna Grabpay).
Jangan lupa guna Shopback untuk dapat Cashback, walaupun 20/30 sen tapi bila kira kos anda dapat dikurangkan.

D. Lunch/Dinner Murah
- Cari port makan yang sedap dan murah (jadi pelanggan tetap). Jangan lupa bawa air kosong sendiri, tak perlu nak order air kosong ikat tepi nanti kena caj 30 sen. Kalau pejabat anda ada pantry isi air kosong siap-siap.
- Jika pejabat anda ada subsidi di cafe, apa lagi gunalah keistimewaan yang ada.
- DahMakan ni pilihan lain, guna trick yang telah dikongsikan untuk dapat set makan murah.

E. Diskaun PTPTN
- Diskaun 15% kalau bayar penuh pembiayaan anda, hutang RM10,000 tapi bayar RM8,500 sahaja. Penjimatan RM1,500 kot.
- Diskaun 10% kalau bayar melalui potongan gaji atau direct debit setiap bulan. Kalau kira balik jumlah diskaun bulanan ni boleh menyamai amaun 1 bulan, kan dah 1 bulan percuma sebab PTPTN bayar untuk 1 bulan.
- Nak lagi jimat dapat kelas pertama, PTPTN boleh jadi biasiswa.

F. Jangan Kena Saman/Denda
- Saman ni nak didik anda supaya berdisplin, jika anda ikut peraturan anda dah jimat duit dari kena saman.
- Denda (Penalti) hilang dokumen peribadi bukan saja-saja dibuat, ni pun sama nak anda jaga dokumen penting tu. Tak hilangkan dapat jimat dari bayar denda.
- Denda bayaran lewat, ni pun sama tak lewat bayar dapat jimat dari bayar denda.
G. Jangan Berbelanja Bukan-Bukan
- Dapat elakkkan yang ni dapat jimat banyak.
- Sediakan senarai semak sebelum nak keluar membeli, jadi anda hanya beli apa yang dalam senarai.
- Jangan berbelanja ikut emosi.

No comments:

Post a Comment