Tuesday, November 21, 2017

Kelebihan PLUSMiles Berbanding Touch n Go Biasa



BENEFIT a.k.a FAEDAH

1. 5 % Toll Rebate
    - dapat 5% rebate tol untuk setiap penggunaan RM 100.00 dan ke atas.
    - dengan syarat penggunaan di highway PLUS, ELITE, BIKE, LINKKEDUA

2. Point Rewards
    - untuk penggunaan kurang dari RM100.00, setiap RM1 yang dibelanjakan dapat claim point reward              iaitu RM 1.00 bersamaan 1 point rewards PLUSmiles.
    - point rewards terkumpul boleh ditebus semula kepada voucher

3. Discount Privileges
    -  Nikmati sehingga 30% discount di semua lokasi yang menerima penggunaan kad PLUSMiles.



Saturday, September 23, 2017

REFINANCE @ JUAL ??


Bang, saya ada beli rumah tahun 2013, time beli dulu harga RM 100,000. Harini saya cek dengan bank value jadi RM 250,000 (Meningkat RM150,000! WoW!!)
Apa yang saya patut buat bang ?? Saya dalam dilema ni.
Ok jika korang dalam situasi ini, apa yang korang buat, perlu Refinance @ Jual rumah ni ??
Ada yang kata refinance sebab sayang jual rumah ni,
Ada yang kata jual sebab boleh dapatkan kuota 90% loan lagi.
Tak da salah
Tak da betul,
Tapi ini guideline yang aku sendiri guna dalam menguruskan hartanah aku sendiri.

Sedikit Calculation di bawah.. pening jugak nk hadam  (T_T)


Sunday, September 10, 2017

Penerangan Deposit Sewa Rumah. Istilah 1+1, 2+1, 2+1+1

DEPOSIT SEWA RUMAH

Apabila mencari rumah sewa, antara perkara utama yang akan dilihat ialah deposit. Namun masih ramai yang salah faham istilah deposit ini sama ada daripada pihak penyewa atau tuan rumah.
➡ 1+1
➡ 2+1
➡ 2+1+1
Apa maksud semua ini?
Segelintir tuan rumah enggan memulangkan kembali deposit penyewa manakala sebahagian penyewa pula menganggap ia sebagai ‘advance sewa’ untuk bulan-bulan terakhir.
Seringkali juga tuan rumah dimaki di alam maya kononnya cekik darah dengan meminta deposit yang tinggi, malah ada yang memberi hujah bahawa deposit semua ni tak perlu. Namun ada juga penyewa yang mengambil kesempatan apabila deposit rendah dikenakan kepada mereka.
Apa sebenarnya maksud dan konsep deposit ini?

Saturday, September 9, 2017

Beli rumah atas nama syarikat?


Fikir dulu yeop, barulah beli

Sebelum anda fikir untuk beli rumah atas nama syarikat. Fikirkan pro dan kontra beli atas nama syarikat. Nanti dah beli baru terfikir, kenapa tak tahu pun.



Saturday, July 29, 2017

10 TIPS MEMILIH PEGUAM HARTANAH TERBAIK


Sebagaimana yang dijanjikan, disini saya kongsikan 10 Tips untuk memilih peguam hartanah terbaik bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa kepada peguam yang tidak bertanggungjawab.

1. Apabila anda direkemen oleh rakan-rakan atau ahli keluarga anda terhadap seseorang peguam, jangan terus percaya dan pegang bulat bulat dengan rekemendasi tersebut.
Sebaliknya ambil lah masa untuk anda mengenali peguam tersebut secara peribadi. Sebaik baiknya cubalah berjumpa secara berhadapan dengan peguam yang direkemen tersebut. Tak cukup setakat berwasap sahaja. Pandangan rakan anda mungkin tidak sama dengan pandangan anda terhadap seseorang.

2. Kalau boleh elakkan memilih peguam yang mengendalikan terlalu banyak kes dalam satu-satu masa. Bimbang- bimbang mereka tidak sempat beri tumpuan terhadap kes anda.
Dan dibimbangi juga apabila terlalu banyak kes yang mereka kendalikan, peluang untuk mereka menyeleweng itu makin besar.

CARA JIMAT WANG DENGAN MUDAH




A. Diskaun Lazada (Topup)
Belian (belanja) topup ialah perbelanjaan bulanan tapi anda boleh jimat dan kurangkan belanja bulanan dengan rebut tawaran diskaun Lazada sebanyak 5% (sebelum ni 8%).
Katakan perbelanjaan bulanan topup RM30 dengan diskaun 5% anda dah jimat RM1.50 untuk sebulan (setahun boleh jimat RM18. Ni belum lagi guna Kad khas yang baru dilancarkan bulan lepas, dapat 15% Cashback lagi (ni nanti akan diceritakan).
Berapa dah anda boleh jimat?

B. Cashback (Pulangan Tunai) Minyak
Guna Kad Kredit untuk mengisi minyak, saya mengisi minyak motor setiap hujung minggu sebab nak rebut 8% cashback.
Harga minyak naik 3 sen menjadikan RM2.03 seliter tapi saya bayar 8% diskaun dari RM2.03 seliter tu.
Katakan minyak isi 3 liter bersamaan RM6.09 tapi bila ada Cashback ni selepas terima kos mengisi minyak hanya RM5.61 (RM1.87 seliter).

Thursday, July 27, 2017

1 RUMAH + 2 KERETA + DUIT PENCEK RM 800K



Tertarik dengan perkongsian ikon undercon tersohor Abe Nazz Zain tak semua orang nak beli rumah banyak-banyak, tak semua orang sanggup nak pening kepala layan kerenah penyewa, tak semua orang ada masa dan ilmu nak buat analisis projek-projek yang best.
Ada yang sekadar nak hidup simple ada sebuah rumah, 2 buah kereta satu untuk suami dan satu untuk isteri dan bila bersara ada duit pencen hampir RM 1Juta selagi mana tak terjerumus dalam skim-skim cepat kaya laaa.
Untuk mereka yang memilih untuk hidup tenang dan simple mungkin idea ini dapat membantu anda.

Wednesday, July 26, 2017

Cecair paling mahal di dunia



Apabila menyebut perkataan "mahal", ramai orang akan ingat objek-objek pepejal seperti emas atau berlian. Namun, terdapat benda lain yang jauh lebih mahal daripada perak atau emas dan bahan tersebut bukan pepejal pun, sebaliknya adalah cecair.

Cecair yang paling mahal di dunia adalah racun kala jengking. Kosnya adalah sebanyak $ 10,302,700 seliter. Protein yang terdapat di dalam bisa kala jengking digunakan untuk rawatan penyakit usus, arthritis rheumatoid dan sklerosis.
Selepas bisa kala jengking, cecair kedua termahal ialah bisa ular tedung. Bisa tedung adalah racun yang paling merbahaya di dunia dan ia boleh membunuh seekor gajah dewasa.
Walaupun bahaya, orang tetap mengekstrak racun ini kerana ia mengandungi sejenis protein yang unik di panggil Ohanin. Ohanin di gunakan sebagai ubat penahan sakit / painkiller malah ianya 20 kali lebih kuat daripada morfin. Penggunaan Ohanin pula tak akan memberi kesan sampingan kepada penggunanya. Kos seliter bersamaan juga $ 40,400.
Bahan seterusnya ialah Lysergic acid diethylamide (LSD) iaitu sejenis dadah yang boleh menyebabkan manusia khayal. Setiap dos mengandungi 40-500 mikrogram atau 1/10 daripada saiz sebutir pasir. Walaupun di gunakan dalam jumlah yang sangat kecil, ia dah cukup untuk bawak manusia berkhayal ke dimensi lain seperti dalam cerita Alice in wonderland. Seliter kosnya bersamaan $ 32,500.
Cecair seterusnya ialah darah belangkas. Darah belangkas tak mengandungi hemoglobin, tetapi mengandungi hemocyanin. Di sebabkan hemocyanin lah darah belangkas berwarna biru dan bukan berwarna merah seperti manusia. Darah belangkas digunakan untuk mengesan bakteria endotoxin dalam perubatan. Kos seliter adalah sebanyak $ 15,850.
Cecair seterusnya ialah sejenis pewangi bernama Chanel No. 5. Chanel No. 5 adalah jenama pewangi paling mahal di dunia. Ia pertama kali di hasilkan pada tahun 1922, hasil kerjasama antara ahli kimia bernama Ernest Beaux dan Coco Chanel. Kos seliter adalah $ 6,900.
Cecair seterusnya ialah Insulin. Insulin adalah sejenis hormon yang dihasilkan oleh organ manusia bernama pancreas. Insulin sangat penting dan pelbagai penyakit boleh berlaku jika kandungan insulin dalam badan sangat rendah. Antaranya seperti diabetes, insulinoma dan lain-lain. Jika badan mengandungi insulin yang rendah, insulin akan diberikan melalui suntikan biosynthetic insulin. Yang pastinya kos suntikan tersebut tak murah. Kosnya bersamaan $ 3,900 - $ 26,400 seliter.
Seterusnya ialah merkuri. Kita boleh tengok merkuri dengan mudah. Tahu dimana? Jawapannya pada termometer! Di sebabkan ia sangat mudah di dapati nampaknya macam tak mahal kan? Tapi sebenarnya kos untuk mendapatkan merkuri agak mahal. Ini kerana proses untuk mengeluarkan merkuri dari kerak Bumi melibatkan proses yang sangat sukar dan mahal. Kos = $ 900 seliter.
Bahan seterusnya ialah Gamma Hydroxybutyric Acid (GHB) ataupun di panggil juga 4-hydroxybutanoic acid. Ia paling biasa digunakan sebagai anestetik untuk menghilangkan rasa sakit semasa pembedahan. GHB juga boleh didapati dalam kuantiti yang kecil dalam bir, wain, daging lembu dan juga buah limau nipis hasil daripada penapaian/fermentation. GHB juga di gunakan dalam dadah. Di sebabkan warnanya yang jernih, ia kerap di gunakan oleh perogol untuk menghayalkan mangsanya. Bolehlah google, ‘Date Rape Drug’ untuk info lanjut atau tunggu kami ulas dalam siri status yang lain. Kosnya adalah $600 seliter.
Bahan seterusnya ialah darah. Tapi bukan ke kita derma darah secara percuma, kenapa dia mahal pula? Untuk pengetahuan, darah yang kita derma itu di panggil “whole blood”. Whole blood ini perlu di proses untuk memisahkannya kepada dua atau lebih komponen.
Biasanya komponen yang di pisahkan ialah sel-sel darah merah dan plasma. Proses inilah yang menyebabkan darah tadi jadi mahal dan kosnya seliter bersamaan $400.

Credit to ScienceNazi

Misteri Bilik Nombor 19




   Pada awal Mac, seorang lelaki kacak pergi ke sebuah hotel dan meminta untuk berjumpa dengan bosnya. Apabila bos datang, cerita bermula.

- Pelanggan : Adakah bilik nombor 19 kosong?
- Bos: ya, tuan.
- Pelanggan : boleh saya menempahnya?
- Bos: tentu saja anda boleh.
- Pelanggan : terima kasih.

Sebelum pergi ke bilik, pelanggan meminta bos untuk memberikannya pisau hitam, benang putih 39 cm dan oren 73g.

Bos bersetuju walaupun dia terkejut dengan perkara yang aneh yang diminta oleh pelanggan.

Pelanggan pergi ke biliknya, dia tidak meminta makanan atau apa-apa lagi.

Malangnya untuk bosnya, biliknya berada di sebelah bilik nombor 19.

Selepas tengah malam, bos mendengar suara-suara aneh dan bunyi bising di bilik pelanggan itu. Suara binatang liar dan perkakas serta piring dibuang ke lantai.

Bos itu tidak dapat tidur malam itu. Dia terus berfikir dan tertanya-tanya apa yang mungkin sumber bunyi.

Pada waktu pagi, apabila pealanggan menyerahkan kunci kepada bos, mereka meminta untuk melihat bilik itu terlebih dahulu.

Dia pergi ke bilik dan mendapati semuanya baik-baik saja. Tiada apa yang luar biasa. Dia juga menemui benang, pisau hitam dan oren di atas meja.

Pelanggan membayar bill dan memberi para pelayan yang tip sebelum meninggalkan hotel sambil tersenyum.

Bos itu terkejut tetapi dia tidak mendedahkan apa yang dia dengar kepada para pelayan. Malah, dia mula meragui apa yang didengarinya.

Selepas satu tahun, pelanggan muncul semula. Dia meminta untuk berjumpa dengan bos lagi. Bos berada dalam teka-teki.

Thursday, March 9, 2017

Syiling dan Batu


Ada seorang lelaki sedang bekerja bersendirian di tapak pembinaan.

Tiba-tiba wang syiling jatuh di hadapan seorang lelaki yang sedang asyik membancuh simen.

Melihat logam kecil itu, tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama, tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya.
Dia menyambung semula kerjanya.

Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya. Lelaki itu menoleh ke kiri, kanan dan sekelilingnya. Tiada siapa yang berdekatan dengannya. Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.

Tidak lama kemudian, lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama, dia mengambil dan menyimpannya.

"Rezeki aku !" Kata lelaki itu dalam hati.

Lelaki itu tidak sedar, logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya dari aras lapan bangunan separuh siap yang mereka bina itu.

Sebenarnya, ketuanya mahu memanggilnya. Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan, cuba memanggil lelaki itu yang berada pada aras paling bawah.

Namun, jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek kerana itulah, ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas.

Mudah-mudahan dapatlah dia menyampaikan pesanannya kepada pekerjanya itu.
Sayangnya, sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah, lelaki itu masih belum jugak mendongak ke atas.

Lantas, ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah. Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu.

Setelah merasa sakit, lelaki itu mendongak ke atas, melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yang menyerang tadi.

Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yang sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.

Sahabat sekalian, ALLAH sering menjatuhkan REZEKI (syiling), Rahmat atau kesenangan yang tidak terkira banyak kepada kita.

ALLAH menjatuhkan 'syiling' itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaanNya.

Tetapi, acap kali kita lalai untuk 'mendongak' ke atas, sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa ucapan syukur.

Seperti kisah ketua dan pekerja tadi, apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian, lalu dia jatuhkan pula 'batu' yang berupa musibah, kegagalan, keperitan dan pengalaman yang menyakitkan.
Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu, barulah kita teringat untuk mendongak, menadah tangan untuk bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.

Segala puji bagi ALLAH.

*Untuk renungan kita bersama


Monday, March 6, 2017

PERTUKARAN NAMA (SUBSALE)

PEMBELI JANGAN LUPA BUAT PERTUKARAN NAMA PADA 3 PERKARA INI SELEPAS URUSAN JUAL BELI RUMAH SELESAI
Selepas selesai urusan jual beli sesebuah rumah, ramai pembeli, khususnya pembeli yang baru kali pertama beli rumah, kadang-kadang terlupa dan terlepas pandang untuk membuat PERTUKARAN NAMA PADA 3 PERKARA berikut:
1. BIL UTILITI
Ramai pembeli yang lupa untuk membuat pertukaran nama pada rekod bil utiliti seperti bil elektrik, air dan indah water.
Sepatutnya, selepas selesai urusan jual beli, pembeli perlu pergi ke pejabat pembekal perkhidmatan utiliti seperti TNB, SBA dan IWK untuk membuat pertukaran rekod akaun perkhidmatan utiliti untuk rumah yang anda baru beli. Ini kerana dalam rekod pejabat pembekal utiliti, ianya masih lagi atas nama pemilik asal.
Ada dua cara anda boleh lakukan untuk membuat pertukaran rekod akaun tersebut:
A. Anda buka akaun baru untuk bil utiliti tersebut di mana anda perlu membuat bayaran deposit pembukaan akaun baru. Jumlah deposit yang perlu dijelaskan adalah mengikut jenis rumah. Selepas akaun baru dibuka, pemilik asal perlu membuat pembatalan akaun lama dan sebelum itu sekiranya terdapat tunggakan bil utiliti, pemilik asal hendaklah terlebih dahulu menjelaskan segala bayaran tunggakan tersebut. Selepas itu deposit untuk akaun asal tersebut akan dikembalikan kepada pemilik asal oleh syarikat pembekal perkhidmatan utiliti.
B. Anda boleh memohon untuk kekalkan akaun lama bil utiliti tersebut, tetapi hanya buat pertukaran pada nama pemilik sahaja. Cuma dalam kes sedemikian, anda perlu refund bayaran deposit pembukaan akaun bil utiliti tersebut terus kepada pemilik asal kerana deposit pembukaan akaun tidak akan dikembalikan oleh syarikat pembekal perkhidmatan memandangkan akaun tersebut masih aktif.
2. CUKAI PINTU
Ramai yang terlepas pandang untuk buat permohonan pertukaran rekod cukai pintu.
Sebagai pemilik baru anda perlu pergi ke Majlis Daerah atau Majlis Perbandaran untuk membuat pertukaran nama dalam rekod cukai pintu.
Apa yang patut anda lakukan adalah anda perlu mengisi borang yang disediakan dan sertakan dokumen-dokumen seperti salinan kad pengenalan, salinan SNP, salinan geran yang telah dipindahmilikkan kepada nama anda dan salinan bil cukai pintu terkini dan anda perlu membuat bayaran caj perkhidmatan yang sepatutnya.
Kemudian barulah nama anda akan dimasukkan sebagai pemilik baru dalam rekod cukai pintu.
C. BIL MAINTENANCE DAN SERVIS CAJ (SEKIRANYA RUMAH STRATA)
Perkara ini pun ramai pembeli yang terlepas pandang. Pembeli perlu memaklumkan kan kepada bahagian maintenance /JMB akan pemilik baru unit tersebut. Ini untuk membolehkan pihak pengurusan bangunan update rekod pemilik baru unit tersebut dan bil maintanecne dan servis caj akan diserahkan kepada pemilik baru.
Cuma masih ramai yang keliru tentang siapakah sebenarnya yang perlu bertanggungjawab membuat segala urusan pertukaran tersebut. Adakah penjual, pembeli atau peguam?
Tanggungjawab tersebut sebenarnya terletak kepada pembeli. Walau bagaimanapun ada sesetengah peguam menawarkan perkhidmatan tersebut bersekali dengan urusan jual beli. Namun, perkara tersebut bukanlah satu kewajipan kepada peguam.
Jadi lebih baik anda sahkan dengan peguam anda sama ada mereka yang akan uruskan urusan pertukaran nama tersebut atau anda perlu lakukannya sendiri.
Sekiranya peguam yang lakukan , biasanya mereka akan kenakan yuran guaman kepada anda untuk perkhidmatan tersebut. Jadi jika anda ingin jimat kos guaman, adalah disarankan anda lakukan sendiri urusan pertukaran tersebut, kerana ianya bukanlah sesuatu yang sukarpun untuk dilakukan. Cuma perlukan sedikit masa untuk menguruskannya.
Jika tidak, ianya akan memberi kesan kepada pemilik asal di mana segala bil perkhidmatan di atas akan diserahkan kepada pemilik asal dan masih atas nama pemilik asal. Kesannya, sekiranya ada tunggakan bil, pemilik asal yang akan dituntut oleh pihak-pihak di atas.
Jadi penting juga bagi pemilik asal untuk follow up dan sahkan dengan pembeli selepas urusan jual beli selesai sama anda pertukaran nama tersebut telah dibuat atau sebaliknya. Jangan bila sudah dapat wang jualan rumah, anda lepas tangan sepenuhnya. Apa-apa jadi kelak, anda juga yang akan dipertanggungjawabkan.
Moga tulisan ini dapat memberi peringatan kepada anda untuk menyelesaikan urusan pertukaran nama tersebut dengan segera sebaik sahaja urusan jual beli selesai.

Terima kasih,

SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Presiden
Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam)

Monday, February 27, 2017

Anuar, Cikgu Suraya Dan Gajah

Soalan hari pertama sekolah:-

Cikgu Suraya : murid2, sebutkan nama binatang yg bermula dgn huruf G ?
Anuar : Gajah 🐘
Cikgu Suraya : bagus !!! Sekarang sebutkan nama binatang bermula dengan huruf D ?
Anuar : Dua gajah 🐘 🐘
Cikgu Suraya : anuar, jangan main2 !!... berdiri !!... murid2 lain ada jawapan ?
Semua murid senyap tak tahu jawapan...
Cikgu Suraya : sebutkan nama binatang yang bermula dengan huruf M ? 
Murid2 lain sentap.. tiba-tiba.....
Anuar : Mungkin gajah...🐘
Cikgu Suraya : Anuar..... main2 lagi..pegi berdiri diluar kelas !!
Murid2 diam tak tahu jawapan...
Cikgu Suraya : sebutkan nama binatang yg bermula dengan huruf J ?
Semua murid diam tak tahu jawapan.. tiba-tiba..... kedengaran suara dari luar kelas...
Anuar : Jangan jangan gajah...🐘

Cikgu Suraya betambah marah 😡 lalu menyuruh Amran menutup pintu kelas..
Cikgu Suraya : sebutkan nama binatang yg bermula huruf A ?
murid2 semua jg diam...tiba2 anuar menyampuk dari luar tingkap..
Anuar : Anak gajah..🐘

Sekali lagi Cikgu Suraya menyuruh Amran menutup tingkap. Selang beberapa minit suara Anuar tidak lagi kedengaran. Cikgu Suraya menyuruh Amran keluar mencari Anuar..tapi tiada..

Cikgu Suraya : takpa murid2..biarkan anuar...
Cikgu bertanya lagi soalan pada murid2nya...
Cikgu Suraya : sebutkan nama binatang yg bermula dgn huruf K ?
Murid2 semua juga diam......tiba-tiba.....suara Anuar dgn pembesar suara.....
Anuar : Kompom gajahhh 🐘 📣 📣 📣 😂 😂 😂
Cikgu Suraya : Anuarrrrr.... masuk kelas sekarang.
Anuar : Tadi suruh keluar. sekarang suruh masuk plak.
Cikgu Suraya: Oleh kerana kamu pandai sangat, cikgu nak tanya kamu 1 soalan. Kamu ada kain pelikat kan?
Anuar : Ada cikgu. Kain pelikat Gajah Duduk cikgu.
Cikgu Suraya : Anuarrr....x abis lagi dengan gajah kamu ni. Ok lah. Kalau kamu pandai sangat, kenapa kain pelikat tu nama dia "Gajah Duduk"?
Anuar: sebab kalau saya salah duduk masa pakai kain tu, nanti belalai gajah terkeluar.
Cikgu Suraya : Anuoorrrrrrr......



Sunday, February 26, 2017

Doa Selepas Solat Bersama Maksudnya (Doa pendek)









Credit to IPRODUKSI

BOLEHKAH KITA BERWUDHU' DIDALAM TANDAS?

BOLEHKAH kita berWUDHU' Dalam Tandas Sedangkan Tandas Adalah Tempat Kita BERHADAS?
 Ini Jawapannya Jom Baca


Apakah hukumnya untuk seseorang itu mengambil wudhu’ di dalam tandas atau bilik air? Suasana rekabentuk rumah dan bangunan masa kini tidak meninggalkan kita sebarang pilihan kecuali berwudhu’ di dalam bilik air. Semasa berwudhu’ di dalam bilik air, adakah dibolehkan kita menyebut nama Allah ketika melafazkan niat, begitu juga membaca zikir-zikir dan doa-doa khas ketika membasuh setiap anggota wudhu ?

Jawapan:

Pertama: Apakah hukum mengambil wudhu’ dalam bilik air ?

Tidak mengapa jika seseorang mengambil wudhu’ dalam bilik air yang dipisahkan tandasnya. Namun jika bilik air dan tandas didirikan bersama tanpa sebarang pemisah, maka sebaik-baiknya diusahakan agar tidak berwudhu’ di situ kerana wudhu’ dalam Islam adalah merupakan satu bentuk ibadah dan semua ibadah hendaklah dilakukan di tempat yang bersih dan terpelihara. Lebih dari itu bilik air yang bertandas adalah tempat yang digunakan untuk menunaikan hajat besar dan kecil, maka dikhuatiri seseorang itu akan terkena najis ketika dia sedang berwudhu’.
Jika seseorang itu tidak memiliki pilihan, maka dibolehkan dia berwudhu’ dalam bilik air yang bertandas dan wudhu’nya tetap sah. Hendaklah dia perhatikan adab-adab memasuki bilik air dan menjaga dirinya daripada terkena sebarang najis.

Kedua: Bolehkah kita menyebut nama Allah dan berzikir dalam bilik air ?

Abdullah ibnu Umar radiallahu ‘anhuma berkata: Seorang lelaki berjalan di hadapan Nabi sallallahu ‘alaihi wassalam sedang di saat itu baginda membuang air kecil, lelaki itu memberi salam kepada baginda namun baginda tidak menjawabnya. [Sahih Muslim – no: 370]

Dalam sebuah hadis daripada al-Muhajir bin Qunfudz radiallahu ‘anhu, beliau berkata: Aku datang kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wassalam ketika baginda sedang buang air kecil, lalu aku mengucapkan salam kepadanya namun baginda tidak menjawabnya sehinggalah baginda berwudhu’, kemudian baginda meminta maaf kepadaku dan bersabda:

“Sesungguhnya aku tidak suka berzikir kepada Allah Ta‘ala kecuali dalam keadaan suci.” Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Abu Daud, an-Nasai dan Ibnu Majah, dan disahihkan oleh Imam Nawawi dalam al-Adzkar (Maktabah Nazar Mustofa al-Baz, Makkah 1997), 1/65, no: 70.

Dari hadis ini berkata Imam Nawawi: Teman-teman kami mengatakan, adalah makruh mengucapkan salam (kepada seseorang yang sedang menunaikan hajatnya). Jika seseorang mengucapkan salam kepadanya, dia tidak berhak menjawabnya. Hal ini berdasarkan hadis Ibnu Umar dan al-Muhajir yang telah dinyatakan sebelum ini. [ibid, ms 33]

Berdasarkan hadis di atas dan melalui kaedah qiyas, dimakruhkan bagi seseorang untuk menyebut nama Allah atau berzikir ketika dia sedang menunaikan hajatnya, sama ada hajat besar atau hajat kecil. Namun diperselisihkan hukumnya bagi seseorang yang berada di dalam bilik air bertandas dan tidak menunaikan hajat besar atau kecil, adakah dia dibolehkan menyebut nama Allah dan berzikir ?

Pendapat pertama berkata boleh kerana hadis di atas khusus kepada suasana orang yang sedang menunaikan hajatnya sahaja. Pendapat kedua berkata ia tetap makruh kerana suasana bilik air yang bertandas bukanlah tempat yang sesuai untuk disebut nama Allah dan berzikir kepadaNya, sebagaimana tidak sesuai bagi seseorang yang sedang menunaikan hajatnya untuk melakukan yang sedemikian. Pendapat yang kedua adalah yang terpilih, Allah sahaja yang mengetahuinya.

Imam Nawawi menambah, dibolehkan berzikir umpama menyebut Hamdalah ketika bersin di dalam bilik air sekalipun ketika menunaikan hajat jika zikir tersebut adalah di dalam hati dan tidak disebut dengan lisan. [ibid, ms 33]

Adapun membaca lafaz niat, zikir dan doa ketika berwudhu’, hal ini tidak ditemui contohnya daripada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam. Maka sebaiknya semua ini ditinggalkan tanpa mengira sama ada di dalam bilik air atau tidak. Yang dituntut hanyalah membaca Basmalah di permulaan wudhu’ sebagaimana perintah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam:
Tidak ada solat bagi orang yang tidak berwudhu’ dan tidak ada wudhu’ bagi orang yang tidak menyebut nama Allah ke atasnya (ketika mengerjakannya) .

Hadis ini diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah dan lain-lain dengan beberapa lafaz yang berbeza tetapi memiliki erti yang sama. Ia diriwayatkan melalui beberapa jalan yang setiap darinya memiliki kelemahan, namun ia saling menguat antara satu sama lain sehingga dapat diangkat tarafnya ke darjat hasan lighairihi.

Sumber: ibnu Hajar al-Asqalani: Talkish al-Habir (Maktabah Nazar Mustofa al-Baz, Makkah 1996), 1/107-112, no: 70 dan Nasiruddin al-Albani: Irwaa’ ul-Ghaleel (Maktabah al-Islami, Beirut 1985), 1/122, no: 81

Credit to Facebook Profile